Tuesday, April 25, 2006

Perginya Seorang Sahabat


Kehadiran mu menyerikan hidupku,
Jua buat insan lain dalam hidupmu,
Kami semua meratapi pemergianmu,
Bagaikan hati pecah beribu,

Kuteringat kembali saat saat gembira,
Juga suara gelak ketawa,
Memori indah sebagai kenangan,
Seorang insan yang ku panggil kawan.

Ketiadaan mu amat dirasai,
Kerana kaulah yang melengkapkan kami,
Tiada lagi teman sejati,
Tempat berkongsi isi hati,

Hanya satu yang kukesali,
Banyak lagi yang belum kau kecapi,
Namunku redha suratan ini,
Kerana kau lebih disayangi Illahi.

Sebelum ku akhiri salamku ini,
Kepada-Nya ku pohon kau diberkati
Selamat tinggal wahai sahabat,
Ingatanmu kubawa sepanjang hayat.

Alfatihah.....

Dari sahabat-sahabat mu.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home